fbpx

Kami Prihatin Sime Darby salur bantuan makanan, pekerjaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAKITANGAN SDP Ladang Serkam, Melaka menyediakan sumbangan makanan bersempena program Kami Prihatin.

PETALING JAYA – Kempen Kami Prihatin oleh Sime Darby Plantation Bhd. (SDP) dengan kerjasama Yayasan Sime Darby tidak hanya menyalurkan bantuan makanan dan barangan keperluan, malah menyediakan peluang pekerjaan dalam operasi perladangan syarikat buat warga tempatan yang hilang punca pendapatan akibat suasana persekitaran kian mencabar.

Jawatan ditawarkan termasuk penuai, pengumpul buah sawit lerai, pemandu (traktor, bas/van sekolah), pekerja kilang kelapa sawit, mekanik, pengendali jentera, pembantu klinik dan pekerja am.

Bagi setiap pekerjaan, SDP memberikan latihan mencukupi dan bersesuaian kepada setiap pekerja baharu selain peralatan keselamatan peribadi bagi memastikan keselamatan mereka di tempat kerja.

Pengarah Urusan Kumpulan SDP, Mohamad Helmy Othman Basha berkata, kemerosotan ekonomi global serta kadar pengangguran yang diakibatkan oleh pandemik Covid-19 adalah sesuatu di luar jangkaan.

“Kami bekerjasama rapat de­ngan pihak Jabatan Tenaga Kerja, Pertubuhan Keselamatan Sosial serta pihak-pihak yang berkenaan supaya bantuan dan peluang menyara hidup dapat diberikan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sempena kempen tersebut yang berlangsung selama enam bulan, beberapa pusat edaran bantuan di ladang serta kilang kelapa sawit milik SDP di seluruh negara bakal dibuka untuk me­nyalurkan bantuan dan menerima permohonan pekerjaan.

Antara pusat yang telah dibuka ialah di Mentakab (pusat edaran utama), Sungai Mai (Jerantut), Bukit Puteri (Raub/Kuala Lipis) dan Chenor di Pahang; Bradwall (pusat edaran utama di daerah Rantau, Negeri Sembilan) serta Serkam di Melaka.

Golongan memerlukan boleh mendapatkan barang makanan seperti beras, minyak masak, tepung, gula, garam, sardin, biskut dan teh uncang serta bara­ngan keperluan asas seperti sabun mandi dan pencuci pakai­an, tuala wanita, syampu, ubat gigi serta pelitup hidung dan mulut, selain cara permohonan pekerjaan buat mereka yang berminat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI