fbpx

Teruskan berdisiplin, patuh SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin ketika menyampaikan perutusan khas sempena Hari Raya Aidiladha yang disiarkan secara langsung, sebentar tadi.

PETALING JAYA – Semua rakyat di negara ini perlu mengekalkan disiplin dan kepatuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dalam tempoh beberapa bulan lagi, negara akan mencapat matlamat imuniti kelompok berdasarkan kelancaran pemberian vaksin Covid-19 yang sedang berjalan di seluruh negara.

Beliau berkata, setakat ini, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) telah secara konsisten mencapai jumlah lebih 400,000 dos sehari, sekali gus meletakkan negara di landasan betul untuk mencapai sasaran imuniti kelompok menjelang akhir tahun.

“Namun begitu, saya berharap agar saudara dan saudari mengekalkan disiplin dan kepatuhan terhadap SOP. Ketika ini kita masih tidak diizinkan melakukan aktiviti merentas negeri dan saling menziarahi.

“Saya merayu agar kita semua bersabarlah dalam mematuhi SOP kerana pengorbanan saudara dan saudari merupakan jihad yang besar di sisi Allah SWT dalam ikhtiar untuk menyelamatkan nyawa kita semua,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi perutusan khas sempena Hari Raya Aidiladha yang disiarkan secara langsung sebentar tadi. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI