SINGAPURA – Seorang remaja berusia 13 tahun maut ditetak kapak dalam satu kejadian di Sekolah Tinggi River Valley Singapura, lapor portal Coconuts hari ini.
Mayat remaja lelaki itu ditemui tidak bernyawa dengan beberapa kesan tetakan di tandas sekolah yang dinyatakan.
Susulan itu, seorang suspek berusia 16 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes.
Menteri Pendidikan Singapura, Chan Sun Sing menyifatkan apa yang berlaku sebagai satu insiden yang tragis.
“Kita semua terkejut menerima berita tragis di River Valley High School pagi ini,” tulisnya.
“Salam takziah daripada pihak kementerian kepada keluarga mangsa dan akan memberi segala sokongan yang diperlukan untuk mengharungi masa sukar ini,” kata Sun Sing.
Sementara polis menyiasat punca kejadian, satu rakaman menjadi tular di media sosial yang menunjukkan imej seorang pelajar berkeliaran di dalam kawasan sekolah tersebut sambil memegang sebilah kapak, tidak lama sebelum mayat mangsa ditemui. – Agensi