fbpx

SOP Fasa 1, 2 diubah beri lebih kelonggaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kerajaan bersetuju melakukan sedikit perubahan kepada prosedur operasi standard (SOP) sedia ada berikutan perkembangan positif kadar vaksinasi negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perubahan itu melibatkan SOP di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi Fasa 1 dan Fasa 2.

Menurut beliau, bagi Fasa 1 kehadiran di pejabat sektor awam ditingkatkan kepada 40 peratus dan tertakluk kepada arahan Ketua Setiausaha Negara (KSN).

“Perkhidmatan perakaunan dibenar beroperasi dengan kapasiti 60 peratus. Operasi pasar harian dan pasar awam dilanjutkan bermula pukul 6 pagi hingga 4 petang.

“Tertakluk kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan pematuhan SOP dan pengawasan anggota  Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) atau PBT,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Ismail Sabri berkata, waktu operasi bagi Pasar Segar Terkawal (PST) Fasa 1 pula dilanjutkan bermula pukul 7 pagi hingga 2 petang.

Kata beliau, aktiviti berbasikal dan permainan individu yang boleh mengamalkan penjarakan fizikal antara dua hingga tiga meter turut dibenarkan di kawasan kejiranan.

Tambahnya, pelabuhan, lapangan terbang dan sektor logistik juga dibenarkan untuk beroperasi 24 Jam.

“Pengoperasian lombong dan kuari dibenarkan dengan kapasiti pekerja sehingga 60 peratus tertakluk kepada SOP Perlombongan dan Pengkuarian.

“Ini bagi memenuhi keperluan kepada projek kritikal melibatkan pembaikan dan pembinaan jalan raya, jalan-jalan luar bandar serta persekutuan,” katanya.

Jelasnya lagi, bagi Fasa 2 penggambaran filem di luar studio dibenarkan dengan pematuhan SOP ketat.

“Waktu operasi premis perniagaan bagi Fasa 2 dibenarkan bermula pukul 6 pagi hingga 10 malam termasuk ‘specialty stores’ stesen minyak. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI