fbpx

Townsend jadi pilihan Benitez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TOWNSEND bakal menjadi pemain Everton jika urusan rundingan berjalan lancar. - AFP

LIVERPOOL – Everton meng­ambil keputusan menamakan Andros Townsend sebagai pemain pertama yang mereka akan tandatangani pada jendela perpindahan kali ini.

Pengurusnya, Rafa Benitez dilaporkan memerlukan khidmat pemain Crystal Palace itu untuk memberikan sokongan ke­pada penyerangnya, Do­minic Calvert-Lewin di bahagian serangan.

Impian Benitez itu mungkin tidak sukar apabila Townsend kini bebas daripada kontrak bersama kelab itu pada Jun lalu dan Everton berpeluang cerah untuk mendapatkan khidmatnya.

Benitez dan Townsend pernah bekerjasama sebelum ini ketika di Newcastle tetapi gara-gara tersingkir ke Liga Kejuaraan, kelab itu terpaksa menjualnya ke Crystal Palace yang bersetuju dengan nilai klausa pelepasannya sebanyak £13 juta (RM75.43 juta).

Proses perbincangan menge­nai terma kontrak dilaporkan sedang berlangsung antara Everton dan Townsend yang mungkin akan memeterai perjanjian ber­kenaan minggu ini.

Selain itu, Benitez turut dilaporkan berminat untuk membawa pulang bekas pemain Lei­cester City, Demarai Gray ke England dari kelab semasanya, Bayer Leverkusen.

Everton bersedia menawarkan nilai £2 juta (RM11.61 juta) kepada Leverkusen untuk mendapatkan pemain itu yang memiliki baki kontrak selama 12 bulan sahaja lagi selepas menandatangani kontrak pada Ja­nuari lalu.

Gray membuat 12 penampilan bersama pasukan dari Bundesliga itu pada separuh musim lalu dan hanya menjaringkan satu gol. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI