BAGAN SERAI – Tidak pernah menjual lemang secara online, namun cubaan pengusaha Lemang Kuala Pokok Ketapang di sini tidak sia-sia apabila sebanyak 500 batang lemang terjual menerusi kaedah itu pada Hari Raya Aidiladha kali ini.
Pengusahanya, Zainal Abidin, 51, berkata, perniagaan lemang itu telah diusahakan keluarganya sejak 15 tahun, tetapi disebabkan pandemik Covid-19 jualannya mula terbatas.
Kata Zainal, berbeza pengusaha lain, lemangnya menggunakan 150 kilogram beras pulut Vietnam selain 300 biji kelapa.
“Sejak awal berniaga memang beras pulut Vietnam jadi pilihan kerana lebih sesuai selain sedap. Saya jual pada harga antara RM10 hingga RM15 sebatang mengikut saiz,” katanya ketika ditemui di gerainya di Kampung Parit Haji Ismail 1 di sini.
Zainal memberitahu, pada mulaya dia ragu-ragu untuk menjual lemang pada perayaan kali ini kerana bimbang tiada sambutan disebabkan keadaan ekonomi rakyat yang tidak menentu selain anak-anak perantau tidak pulang beraya.
“Setelah berbincang sesama ahli keluarga, kami memutuskan untuk mempromosikan terlebih dahulu jualan lemang secara online bermula Rabu lalu.
“Alhamdulillah, sambutannya amat mengalakkan apabila kami mendapat tempahan 500 batang lemang kali ini,” katanya.
Ujarnya, jualan 500 batang lemang itu boleh dikatakan baik walaupun sebelum pandemik dia mampu menjual sehingga 1,000 batang lemang semasa musim perayaan. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929