fbpx

Pemandu teksi langgar teksi lain potong barisan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman menunjukkan lelaki tersebut melanggar beberapa buah teksi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah hari ini.

PETALING JAYA – Gara-gara berang barisan dipotong, seorang pemandu teksi nekad melanggar beberapa buah teksi lain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah hari ini.

Menurut satu hantaran yang tular di laman sosial Facebook, pemandu itu dikatakan bergaduh dengan seorang pemandu teksi sebelum memasuki kenderaannya dan melanggar sebuah teksi.

Sejurus keluar dari teksinya, dia pitam seketika sebelum bangun semula dan melanggar beberapa buah teksi lain.

Menurut pengguna Facebook, Ahmad Zahir, tekanan perasaan yang dihadapi pemandu berkenaan menyebabkan dia mengambil tindakan tersebut.

“Sudahlah kehilangan pelanggan akibat Covid-19, barisan pula kena potong dengan teksi lain. Akhirnya dia hilang kawalan diri,” katanya.

Sementara itu, Aishah Zaharudin berkata, lelaki tersebut mungkin mengalami kemurungan dan tertekan setelah dipotong barisan oleh pemandu teksi lain.

“Kepada pemandu teksi, janganlah potong barisan. Dalam keadaan pandemik macam sekarang ini, memang senang orang naik darah,” katanya.

“Kalau nak disalahkan Covid-19, pemandu teksi lain pun tak adalah sampai hilang kawalan diri macam pemandu itu,” ujar Zaini Zahir pula – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI