fbpx

Polis Gua Musang pantau lima lorong tikus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Choon Foo (kanan) meninjau lorong tikus yang ditutup dengan penghadang besi di Kampung Tanah Putih, Gua Musang hari ini.

GUA MUSANG – Polis meningkatkan pemantauan di lima kawasan lorong tikus di kawasan sempadan daerah ini bagi mengelak cubaan perantau pulang menyambut Hari Raya Aidiladha esok.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, pihaknya bekerjasama dengan syarikat konsesi lebuh raya dengan memasang penghadang besi bagi menutup lorong tikus.

Katanya, sebelum ini, beberapa kali lubang yang digali telah ditimbus semula oleh individu tidak bertanggungjawab.

“Penghadang besi itu dibina bagi mengelak cubaan untuk rentas negeri samada pulang menyambut Aidiladha esok di kampung atau pulang semula ke Kuala Lumpur melalui Jalan utama Gua Musang-Kuala Lipis.

“Laluan lorong tikus itu sering dimusnahkan pengguna jalan raya untuk dilalui secara haram dan mengelak sekatan jalan raya (SJR) di Kampung Tanah Putih,” katanya semasa meninjau kawasan lorong tikus di Kampung Tanah Putih di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Choon Foo berkata, aliran trafik memasuki Kelantan melalui SJR Kampung Tanah Putih lengang hari ini dan kebanyakan pengguna mematuhi arahan larangan aktiviti merentas daerah dan negeri. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI