PUTRAJAYA – Sebanyak 10,972 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadi jumlah kes positif Covid-19 mencecah 927,533 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan sebanyak 4,404 kes, diikuti oleh Negeri Sembilan sebanyak 1,340 kes dan Johor sebanyak 876 kes.
“Kedah pula (705 kes), Sabah (651 kes), Kuala Lumpur (609 kes), Pahang (475 kes), Melaka (474 kes), Pulau Pinang (426 kes), Perak (324 kes), Sarawak (301 kes), Kelantan (170 kes) dan Terengganu (144 kes).
“Selebihnya, Putrajaya (48 kes), Labuan (24 kes) dan Perlis (satu kes),” katanya dalam ciapan Twitter di sini hari ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929