fbpx

Lelaki diserang sawan ketika memancing mati lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membawa naik mayat Muhammad Zulkefli yang lemas di Sungai Cherul, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Seorang lelaki yang sedang memancing bersama tiga remaja termasuk dua anak saudaranya maut akibat lemas di Sungai Cherul dekat sini semalam.

Mangsa, Muhammad Zulkefli Ismail, 34, dikatakan diserang sawan ketika terjun ke dalam sungai untuk mengambil jorannya sebelum hilang di bawa arus pada pukul 5 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh, Mohamad Hanif Che Khalid berkata, mayat mangsa ditemui di dasar sungai sedalam lebih kurang 1.5 meter dengan keadaan masih lengkap berpakaian pada pukul 10.30 pagi tadi.

“Seramai 22 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh dan Chukai di sini terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat sejak pukul 7 malam semalam.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kemaman di sini untuk dibedah siasat,” katanya kepada Kosmo! ketika ditemu di lokasi kejadian hari ini.

Mohamad Hanif berkata, Muhammad Zulkefli dikatakan terjun ke dalam sungai itu bagi mengambil jorannya yang terjatuh akibat ditarik seekor ikan.

“Sewaktu berada di dalam sungai, dia dikatakan tiba-tiba diserang sawan. Cubaan salah seorang rakannya berusia 14 tahun untuk menyelamatkannnya juga gagal.

“Mereka kemudiannya bergegas ke rumah yang terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian untuk meminta bantuan,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI