fbpx

‘Sedih lihat ‘longgokan’ makanan di tong sampah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsi seorang pengguna Facebook yang memaparkan longgokan makanan berdekatan sebuah tong sampah.

PETALING JAYA – Ramai sedih dan terkedu apabila menatap gambar yang memaparkan beberapa beg plastik makanan dan keperluan asas bertaburan di sebuah tong sampah.

Lebih menyayat hati, barangan itu masih baru dan ada tidak digunakan lagi, tetapi telah dibuang oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Gambar tersebut telah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Iz Yunus, namun dia tidak menyatakan di mana lokasi gambar itu dirakam.

Menerusi gambar yang dimuat naik lelaki itu antara barangan yang dibuang adalah seperti biskut, tepung gandum dan gula.

“Kenapa perlu buang? tak minat jenama, tak minat pemberian orang, jangan buang, bawa ke rumah jiran atau letak dalam kereta.

“Jumpa pakcik beca atau orang susah bagi, bukan begini caranya, ke sebab kamu berlagak nak makanan ‘have-have’,” tulisnya pada hantaran tersebut.

Susulan tular gambar itu di media sosial, orang ramai mengecam tindakan individu yang tidak bertanggungjawab membuang makanan ketika ramai lagi yang susah sehingga terpaksa mengangkat bendera putih untuk mendapatkan makanan.

“Orang lain sampai angkat bendera putih nak dapatkan makanan, tetapi kamu pula dengan rasa tidak bersalah buang makanan.

“Kalau tak nak, tolak terus pemberian orang tu atau bagi kat jiran yang memerlukan, membazir tu kan amalan syaitan,” tulis Acan Mamat pada ruangan komen.

Senada dengan Acan Mamat adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Mat Kedah.

“Bila dibagi bantuan macam ni pula dibuatnya, kalau tak bagi kata ramai yang pilih bulu. Dasar manusia yang kufur nikmat,” tegasnya.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI