fbpx

Mengaku tidak salah milki 1.77 juta batang rokok seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chung Guan (berdiri) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Jawi di Nibong Tebal hari ini.

SEBERANG PERAI – Seorang tukang penyelenggaraan pendingin hawa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Jawi, Nibong Tebal di sini hari ini atas pertuduhan memiliki lebih 1.77 juta batang rokok seludup pada Januari lalu.

Tertuduh, Ho Chung Guan, 34, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Aziana Azib.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memiliki pelbagai jenama rokok keseluruhannya berjumlah 1,770,000 batang bernilai RM1,182,480 yang dilarang pengimportannya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah premis di No. 11A, Lorong Hijauan Hill 7, Taman Hijauan Hill, Simpang Ampat di sini.

Chung Guan didakwa melakukan kesalahan tersebut kira-kira pukul 11 pagi pada 7 Januari lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 135(1)(aa) akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak kurang 10 kali ganda nilai atau RM100,000 yang mana lebih tinggi sehingga tidak lebih 20 kali ganda nilai atau RM500,000 yang mana lebih tinggi atau penjara di antara enam bulan hingga lima tahun atau kedua-dua sekali.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Syafiq Nasrullah Saleem Ali, manakala tertuduh diwakili peguam, Zainal Akram.

Mahkamah kemudiannya membenarkan bapa kepada seorang cahaya mata itu diikat jamin sebanyak RM10,000 beserta seorang penjamin.

Kes itu akan disebut semula pada 19 Ogos depan. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI