fbpx

JPJ Kelantan kutip RM1.9 juta bidaan nombor plat DED

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Notis iklan yang dikeluarkan JPJ Kelantan mengenai bidaan nombor siri DED baru-baru ini.

KOTA BHARU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan berjaya merekodkan kutipan sebanyak lebih RM1.9 juta bagi nombor siri pendaftaran DED dalam tempoh lima hari bermula 9 hingga 13 Julai lalu.

Pengarahnya, Hanif Yusabra Yusuf berkata, kutipan itu melebihi sasaran iaitu sebanyak RM1.7 juta.

“Jumlah itu menunjukkan kutipan melebihi sasaran bagi siri nombor tersebut menerusi pelaksanaan sistem bidaan nombor pendaftaran kenderaan secara dalam talian (JPJeBid) diperkenalkan di negeri ini.

“Jumlah harga bidaan tertinggi adalah nombor siri pendaftaran DED 1 dengan nilai RM158,888,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Hanif Yusabra, jumlah keseluruhan pembida bagi siri nombor DED adalah seramai 968 orang.

Katanya, DED 18, DED 41, DED 30, DED 101 dan DED 1805 merupakan nombor siri yang paling ramai pembida pada kali ini.

Tambahnya,selain itu, seramai 3,636 orang pengguna berdaftar dengan JPJeBid diterima sehingga tarikh tutup nombor siri DED pada Selasa lalu. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI