PETALING JAYA- Kawasan Batu Pahat dan Pontian di Johor dijangka berdepan amaran ribut petir tengah hari ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) berkata, selain dua kawasan di Johor itu, amaran ribut petir tersebut turut dijangka berlaku di Sabah dan Labuan.
“Kawasan di Sabah melibatkan pedalaman Kuala Penyu, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) serta Kudat,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.
Lantaran, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya ribut petir berkenaan berlaku. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929