fbpx

Arsenal sukar dapatkan Aouar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AOUAR merupakan pemain yang sudah lama diidamkan oleh Arsenal tetapi kelab itu kini berdepan saingan sengit apabila beberapa kelab lain menyatakan minat terhadapnya. – AFP

LONDON – Dua pasukan Liga Perdana Inggeris, Manchester United dan Liverpool dilaporkan memantau secara dekat perkembangan pemain tengah Olympique Lyon, Houssem Aouar selepas kelab itu memberi diskaun untuk mendapatkan khidmatnya.

Musim panas lalu menyaksikan Arsenal menjadi pasukan paling hampir untuk mendapatkan Aouar selepas mengemukakan tawaran sebanyak £34 juta (RM197.14 juta) tetapi ditolak oleh Lyon yang berkeras mahu menjualnya dengan harga £45 juta (RM260.93 juta).

Bagaimanapun, Lyon kini dilaporkan terdesak untuk menjual Aouar sehingga bersedia melepaskan khidmat pemain itu pada harga £21 juta (RM121.77 juta) sahaja.

Kelab Ligue 1 Perancis itu berdepan masalah kewangan yang agak meruncing ekoran krisis berkaitan perjanjian dengan pihak penyiaran.

Biarpun menjadi pemain idaman Arsenal, namun kelab dari utara London itu mungkin tidak mudah untuk mendapat khidmat Aouar selepas Liverpool dan United juga turut menyatakan minat.

Selain dua kelab berkenaan, seteru setempat Arsenal, Tottenham Hotspur yang kini dibim­bing Nuno Espirito Santo juga turut mahu mencuba nasib untuk mendapatkan pemain itu.

Pemain berusia 23 tahun itu berjaya membuat 30 penampilan bersama Lyon dalam saingan Ligue 1 musim lalu dan berjaya meledak tujuh gol dengan tiga umpanan jaringan untuk membantu kelab itu menamatkan saingan liga di kedudukan keempat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI