fbpx

Grealish mungkin kecewakan City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GREALISH menyatakan hasratnya untuk kekal di Villa biarpun dikaitkan dengan spekulasi perpindahan ke City. – AFP

LONDON – Ketua pasukan Aston Villa, Jack Grealish mengakui sangat mengagumi pengurus Manchester City, Pep Guardiola yang ketika ini bersedia untuk mengemukakan tawaran untuk mendapatkan khidmatnya.

Bagaimanapun menurut sumber, pemain berusia 25 tahun itu terpaksa memikirkan semula mengenai potensi perpindahannya ke Etihad.

Laporan juga menyebut, Grealish mungkin akan menandatangani lagi kontrak baharu bersama Villa yang disertai sejak berusia enam tahun biarpun perjanjian semasa hanya akan berakhir pada 2025.

Sejak beberapa musim lalu, Grealish dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Villa Park untuk memburu lebih banyak kejayaan berbanding kelab semasanya yang dilihat sukar untuk memberi­nya peluang menjulang trofi.

Bagaimanapun, Grealish tetap memilih untuk kekal bersama Villa terutama apabila dia muncul dalam kempen ketika memperkenalkan jersi baharu pasukan itu untuk musim depan sekali gus memberi isyarat bahawa dia akan terus menjadi pemain kelab itu.

“Semua orang tahu betapa bermakna kelab ini untuk diri saya. Saya akan menjadi ‘Villa Boy’ sepanjang hidup dan saya gembira bermain untuk kelab ini,” katanya ketika menyertai kempen berkenaan.

Villa dilaporkan bakal menawarkan kontrak lanjutan selama setahun lagi buat Grealish sekali gus membolehkannya meraih pendapatan £150,000 (RM745,000) seminggu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI