fbpx

Wanita dari Johor balik Kedah cetus Kluster Jalan Bacang 30

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Satu lagi kluster komuniti berkaitan aktiviti rentas negeri dikesan selepas kes indeks kluster terbabit didapati mempunyai sejarah pulang menziarahi keluarganya di Kedah pada 1 hingga 6 Julai lalu.

Kluster tersebut iaitu Kluster Jalan Bacang 30 dikesan di Johor Bahru, Johor dan merekodkan 15 kes positif setakat ini hasil saringan ke atas 82 individu.

Menerusi lampiran yang disertakan dengan kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah hari ini menyebut, kes indeks itu iaitu seorang wanita berusia 34 tahun dilaporkan positif pada 15 Julai lalu hasil saringan kontak rapat.

“Kes ini dari Jalan Bacang 30, Taman Masai, Johor Bahru dan mempunyai sejarah pulang untuk menziarahi keluarga di Kedah dari 1 hingga 6 Julai,” katanya.

Sementara itu, satu lagi kluster komuniti berkaitan majlis pengebumian dikesan di Kampung Palawan, Pos Iskandar, Bera, Pahang dengan 36 kes positif setakat ini.

Kes indeks dalam Kluster Pos Iskandar itu  merupakan lelaki berumur 58 tahun yang dikesan hasil saringan individu bergejala selepas mangsa mula menunjukkan gejala pada 2 Julai lepas.

“Mangsa kemudian didapati positif 17 Julai lalu,” kata rumusan kluster itu.

Kluster Jalan Bacang 30 dan Kluster Pos Iskandar adalah antara 17 kluster baharu termasuk lima kluster komuniti yang dilaporkan hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI