PETALING JAYA – Beberapa lokaliti di Kelantan, Sabah, Perak dan Sarawak akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 20 Julai hingga 2 Ogos ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu dilaksanakan berikutan terdapat peningkatan trend kes Covid-19 di lokaliti-lokaliti terbabit.
“Lokaliti-lokaliti yang terlibat ialah di Kampung Long Kiangan dan Kampung Ranau-ranau, Sipitang, Sabah; empat lokaliti dalam Mukim Likas, Kota Kinabalu iaitu Taman Teluk Likas, Kampung Gusung, Taman Kurnia Jaya dan Kuarters Kilang Permai Jaya.
“Kawasan lain di Sabah yang dikenakan PKPD ialah Kampung Muhibbah dan Kampung Bakalau, Beaufort; Ladang Agathis, Kalabakan; dua perkampungan di Sipitang iaitu Kampung Solob dan Kampung Tunas Baru; Kampung Dandulit Matunggong di Kudat dan Kampung Nosoob, Penampang, Sabah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu di Perak, beberapa lokaliti turut dikenakan PKPD iaitu di Taman Melor Fasa Satu, Hilir Perak; dua lokaliti di Mukim Batu Kurau, daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) iatu Kampung Batu 19 1/2 dan Kampung Batu 20.
“PKPD juga akan dilaksanakan di 10 lokaliti dalam Mukim Batang Padang, daerah Batang Padang, Perak iaitu Taman Tapah/ Taman Bunga Raya dan Kampung Datuk; Taman Sri Damai 1/Taman Sri Damai 2; Taman Sri Tapah, Taman Sri Asoka, Kampung Baru Kampung Pahang, Kampung Baru 5 Tapah Road, Kampung Baru Pekan Getah, Kampung Batu Melintang dan Kampung Tanah Mas.
“Tiga lagi lokaliti dalam Mukim Bidor, daerah Batang Padang, Perak juga akan dikenakan PKPD iaitu Taman Awam 3 Bidor/ Taman Permata Bidor, Taman Sri Bidor dan Taman Bidor Jaya/ Kampung Cegar Tambahan/ Kampung Cegar,” katanya.
Selain itu, turut dikenakan PKPD ialah dua lokaliti di Mukim Bukit Jawa, Pasir Puteh, Kelantan iaitu Kampung Lepah serta Kampung Alor Hijau dan Kampung Emperoh Nyiru Grait, Kuching, Sarawak.
“Sidang khas juga bersetuju untuk melanjutkan PKPD di Kampung Serudung Baru, Tawau, Sabah yang sepatutnya tamat esok sehingga 2 Ogos berkuat kuasa 20 Julai ini,” tambahnya. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929