fbpx

Tokan dadah ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang lelaki dipercayai tokan dadah ditahan di Kampung Lubuk Kelubi Batu 19, Hulu Langat, Kajang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, lelaki tersebut ditahan sepasukan anggota dari Balai Polis Batu 18 pada pukul 5.15 petang hasil daripada maklumat berkaitan aktiviti penagihan dadah.

Menurutnya, polis turut merampas dadah dan sejumlah wang dengan keseluruhan anggaran rampasan bernilai RM1,120.

“Pihak polis merampas dadah jenis syabu dan heroin bernilai kira-kira RM900 dipercayai bagi tujuan pengedaran.

“Selain itu, kami juga menyita wang tunai berjumlah RM220 disyaki diperoleh daripada hasil jualan dadah-dadah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohd. Zaid, suspek mempunyai 10 rekod lampau dan hasil ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah.

“Suspek dibawa ke Balai Polis Batu 18 untuk siasatan lanjut. Kes disasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1) akta yang sama,” ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI