fbpx

PATI didenda RM4,000 guna kad pengenalan wanita tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yanik Setia dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Jeli hari ini selepas menerima hukuman denda RM4,000 atas dua pertuduhan menggunakan kad pengenalan wanita tempatan untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

JELI – Seorang wanita pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menggunakan kad pengenalan wanita tempatan untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Tertuduh, Yanik Setia Pratiwi,36, yang bekerja sebagai pembantu kedai runcit membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohamad Nasrudin Mohamed.

Berdasarkan pertuduhan pilihan pertama dan kedua, Yanik Setia didakwa menggunakan kad pengenalan milik Nor Athirah Zaiki, 26, bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Kesalahan itu dilakukan oleh tertuduh di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Jeli di sini pada 13 Jun dan 4 Julai lalu.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau dengan denda sehingga RM20,000 atau kedua-dua jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding sama, suami Yanik Setia yang merupakan warga tempatan, Amiruzaman Ab. Rahman,59, didenda RM4,000 selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan bersubahat dengan wanita itu dalam kes tersebut.

Tertuduh didakwa mengikut Peraturan 21(1)(m), Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI