fbpx

150 penduduk Perkampungan Portugis ‘bergelang pink’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

MELAKA – Seramai 150 penduduk termasuk kanak-kanak di Perkampungan Portugis, di sini, hari ini, dipakaikan ‘gelang pink’ selepas menjadi kontak rapat Kluster Jalan D’Aranjo.

Kesemua mereka dipakaikan gelang merah jambu itu oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Melaka Tengah yang turut melakukan ujian ‘Real-Time Reverse Transcriptase-PCR’ (RT-PCR) ke atas semua penduduk bermula pukul 9 pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Kemajuan Kampung (JPKK) Perkampungan Portugis, Marina Linda Danker berkata, penduduk di kawasan tersebut mula menjalani kuarantin kendiri di rumah masing-masing sejak minggu lalu.

“Kita telah meminta agar penduduk kekal di rumah sejak minggu lalu bagi mengekang penularan Kluster Jalan D’Aranjo.

“Pada hari ini seramai 150 penduduk termasuk kanak-kanak, warga emas dan golongan kurang upaya telah selesai menjalani ujian RT-PCR dan dipakaikan ‘gelang pink’,” katanya.

Tambahnya, pihak kerajaan negeri juga telah melaksanakan kerja-kerja disinfeksi sebanyak lima kali di perkampungan berkenaan.

Terdahulu, Kluster D’Aranjo telah dikesan pada 14 Julai lalu selepas seorang lelaki berusia 20 tahun yang datang ke perkampungan tersebut untuk aktiviti kunjung-mengunjung disahkan positif pada 10 Julai.

Untuk rekod, perkampungan tersebut mempunyai populasi lebih 1,000 penduduk. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI