fbpx

Kenderaan PBT bantu urus jenazah Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin.

KLANG – Kenderaan pihak berkuasa tempatan (PBT) akan digunakan bagi membawa jenazah Covid-19 dalam memendekan tempoh masa urusan pengebumian.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri sedang memperkemaskan dan mempercepatkan urusan jenazah di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Hospital Shah Alam dan Hospital Sungai Buloh dengan dua lokasi tanah perkuburan Islam dikhususnya iaitu Selat Klang dan Seskyen 21.

“Sebelum ini, ada sebahagiannya jenazah mengambil masa dekat 48 jam untuk dikeluarkan dari bilik jenazah.

“Bagi jenazah warga asing pula daripad data kita, ada terpaksa mengambil masa seminggu hingga sebulan disimpan di rumah jenazah sebelum pengesahan dapat dilakukan untuk proses pengebumian.

“Justeru, kerjasama dari Kementerian Luar Negeri diperlukan kerana pengebumian warga asing perlu dapat kelulusan pihak kedutaan,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan program vaksinasi Covid-19 di Taman Desawan di sini hari ini bagi mengulas peranan kerajaan negeri susulan kematian yang tinggi di Selangor.

Amirudin memberitahu, kematian yang tinggi disebabkan sebahagiannya tidak sempat divaksinasi selain libatkan golongan warga emas dan golongan rentan.

“Fakta kita warga emas yang telah mendaftar dengan aplikasi MySejahtera adalah 90 peratusnya telah divaksinasi.

“Disebabkan itu, kes melibatkan warga emas di hospital kita sebenarnya turun hingga 40 peratus yang perlu dirawat di hospital,” jelasnya.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan suntikan vaksinasi harian di Selangor telah mencecah lebih 100,000 selain dibantu Program Vaksin Selangor (SelVAX) yang mencapai antara 6,000 hingga 7,000 sehari bagi industri dan komuniti.

“Kita menyasarkan 272,000 vaksinasi harian namun kapasiti gabungan vaksinasi antara SelVAX, CITF dan Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam Swasta (Pikas) boleh mencapai 309,000 vaksinasi harian menjelang 26 atau 27 Julai ini,” katanya.-K !ONLINE

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI