SUNGAI PETANI – Jenazah seorang wanita mengandung tujuh bulan yang meninggal dunia akibat Covid-19 selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Pokok Asam di sini pada pukul 4.45 petang ini.
Umaisarah Azmi, 25, yang mengandung anak ketiga disahkan meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini pada pukul 1.25 tengah hari semalam.
Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan tersebut oleh beberapa petugas barisan hadapan yang memakai pakaian perlindungan diri (PPE).
Ibu kepada dua anak lelaki berusia tiga dan enam tahun itu menghembuskan nafas terakhir selepas lapan jam dimasukkan ke hospital kerana sesak nafas di rumahnya di Kampung Pokok Asam, Pinang Tunggal di sini pada pukul 5.05 pagi hari sama. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929