fbpx

Trafik di Plaza Tol Skudai lengang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan trafik di SJR Plaza Tol Skudai, Johor Bahru, Johor lengang dan tiada kesesakan.

JOHOR BAHRU – Keadaan trafik di sekatan jalan raya (SJR) Plaza Tol Skudai dari kedua-dua arah lengang.

Tinjauan Kosmo! di Lebuhraya Utara-Selatan dari arah utara bermula dari Kulai menghala ke Johor Bahru mendapati keadaan terkawal.

Tiada kesesakan lalu lintas dilaporkan meskipun umat Islam akan meraikan perayaan Hari Raya Aidiladha, Selasa ini.

Anggota polis di SJR Plaza Tol Skudai yang bertugas memberitahu keadaan trafik terkawal sejak awal pagi sehingga pukul 3 petang.

Bagaimanapun, kenderaan dijangkakan bertambah bermula pukul 5 petang ekoran ramai pengguna jalan raya pulang daripada kerja.

Terdahulu, Polis Diraja Malaysia memaklumkan bahawa dokumen kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk merentas negeri tidak dibenarkan bagi mengelak dimanipulasi untuk tujuan pulang beraya bermula hari ini sehingga 21 Julai ini.- K! ONLINE.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI