JAKARTA, INDONESIA – Sebuah kedai menjual aiskrim di sini menawarkan kelainan kepada pelanggan apabila memperkenalkan aiskrim berperisa mi segera popular di Indonesia, Indomie goreng.
Lebih menarik, aiskrim berperisa Indomie goreng yang diperkenalkan oleh kedai Holi Ice Cream itu turut disertakan taburan bawang goreng di atasnya.
Berdasarkan beberapa keping gambar yang tular di laman-laman sosial, aiskrim berperisa Indomie goreng itu mempunyai warna putih seakan-akan aiskrim vanila.
Gara-gara keunikannya, aiskrim tersebut menjadi buah mulut orang ramai yang tertanya-tanya akan rasanya.
“Saya suka mi goreng Indomie dan juga aiskrim, tetapi aiskrim ini….?,” kata seorang pengguna netizen.
Seorang lagi pengguna tidak dapat menahan rasa lucu apabila mengetahui aiskrim Indomie goreng itu juga disertakan dengan hiasan bawang goreng.
“Seperti mi goreng Indomie sebenar siap dilengkapi dengan taburan bawang goreng!,” katanya.
Bagaimanapun, harga bagi sebekas aiskrim berperisa Indomie goreng itu tidak dapat dipastikan. – Agensi