fbpx

80 Ahli Parlimen setiap sesi persidangan akan diputuskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Rashid (kiri) beramah mesra dengan para petugas ketika hadir pada Program Jelajah Vaksin Bergerak Prihatin Johor di Dewan Serbaguna Sri Stulang, Johor Bahru, Johor hari ini. - Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Jawatankuasa Dewan Rakyat akan mencadangkan untuk menetapkan hanya 80 Ahli Parlimen dibenar hadir bagi setiap sesi persidangan yang akan bermula pada 26 Julai ini.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon berkata, cadangan itu akan dibincangkan bersama-sama Ketua Whip setiap parti politik yang menjadi ahli dewan.

Menurut beliau, keputusan cadangan itu dijangka akan dimaklumkan pada minggu depan sebelum dewan kembali bersidang.

“Cadangan ini dibuat sama seperti persidangan tahun lalu yang menyaksikan daripada 222 kerusi Parlimen, hanya 80 sahaja dibenarkan masuk bagi satu sesi persidangan.

“Tajuk-tajuk yang akan dibentangkan semasa sesi itu berkisar kepada isu berkait Covid-19.

“Kita bagi ruang kepada ahli Parlimen untuk bertanya soalan, cuma usul tentang persidangan secara hibrid tidak dibuat kerana kita boleh bersidang secara biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melawat Program Jelajah Vaksin Bergerak Prihatin Johor di Dewan Serbaguna Sri Stulang, di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Batu Pahat itu turut memberitahu, jawatankuasa berkenaan juga akan mencadangkan setiap sesi persidangan itu dihadiri seramai 44 Ahli Parlimen kerajaan dan 36 Ahli Parlimen pembangkang.

“Selain itu, menteri dan timbalan menteri juga perlu mengehadkan jumlah pegawai yang mengiringi mereka kepada seramai dua atau tiga orang sahaja.

“Persidangan kali ini akan dijalankan dengan memastikan pematuhan yang ketat terhadap prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, kita kena kawal,” ujarnya.

Beliau turut memaklumkan, had seramai 80 Ahli Parlimen itu bagi semua sesi iaitu sesi pagi dan petang dimana mereka boleh bertukar-tukar tetapi masih perlu mematuhi SOP ditetapkan.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI