GERIK – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ketika memukat ikan di Sungai Rui di Kampung Alai dekat sini semalam.
Kehilangan Nor Azam Ishak, 27, itu dilaporkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak pada pukul 5.32 petang.
Jurucakap JBPM Perak berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dilakukan oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik sebelum dihentikan pada pukul 7.30 malam.
Katanya, operasi yang disambung hari ini diperluaskan pada jarak 10 kilometer dari lokasi terakhir mangsa dilihat.
“Mangsa berusia 27 tahun itu hilang semasa memukat ikan di sungai tersebut bersama rakannya.
“Operasi pencarian itu turut dibantu anggota BBP Pengkalan Hulu dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Kuala Kangsar selain pihak polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929