IPOH – Bangunan bekas Sekolah Melayu Kampung Kuchai di Jalan Dato Onn Jaafar di sini yang berusia lebih 120 tahun nyaris hangus dalam satu kejadian kebakaran pagi tadi.
Bangunan kayu berdindingkan bertam ini adalah antara sekolah Melayu tertua di Perak yang masih ada di Ipoh tetapi telah lama terbiar tidak berjaga.
Dalam kejadian itu, sebuah bangunan bersebelahan yang dulunya merupakan rumah guru dibina pada tahun 1950an musnah terbakar.
Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.13 pagi.
Menurut jurucakap itu, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh dikerah ke lokasi kejadian.
“Kebakaran melibatkan sebuah rumah kosong yang telah terbakar kira-kira 60 peratus dan operasi pemadaman terus dilakukan.
“Operasi turut dibantu anggota BBP Meru Raya serta sukarelawan bomba Pekan Baru, Pasir Pinji dan Menglembu,” ujar jurucakap tersebut.
Operasi pemadaman masih dijalankan.- K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929