fbpx

Kru, penumpang pesawat komersial terbalik selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pesawat Antonov An-28 terpaksa mendarat cemas di Siberia selepas juruterbang mengesan kegagalan enjin. – Newsbeezer

MOSCOW – Kesemua 18 kru dan penumpang sebuah pesawat komersial Rusia terselamat selepas kapal terbang itu mendarat cemas di Siberia, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Menurut pejabat gabenor tempatan, Sergei Zhvackin, pesawat enjin kipas jenis Antonov An-28 itu terbang dari bandar Kedrovy menuju Tomsk apabila terputus hubungan dan hilang daripada radar.

Pasukan penyelamat yang berkejar ke lokasi pesawat itu terputus hubungan kemudian menemui mangsa terselamat di sebuah tanah lapang.

Pesawat itu mengalami kerosakan teruk dan berada dalam keadaan terbalik.

“Kami semua percaya dengan keajaiban dan berterima kasih dengan keupayaan dan sikap profesional juruterbang yang telah menyelamatkan banyak nyawa,” kata Zhvachkin dalam satu kenyataan.

Juruterbang pesawat milik penerbangan Siberian Light Aviation (SiLA) itu terpaksa melakukan pendaratan cemas selepas mengesan masalah kegagalan enjin.

Agensi penerbangan itu berkata, pesawat tersebut ditemui 154 kilometer dari landasan di Tomsk.

Zhvachkin berkata, semua penumpang dan anak kapal dibawa ke hospital tempatan. Agensi berita Interfax menyebut seorang pegawai tempatan sebagai berkata, enam penumpang enggan menaiki helikopter untuk dipindahkan dan akan melakukan perjalanan dengan menaiki bas mini.

Seorang pegawai pengangkutan tempatan memberitahu Interfax bahawa pesawat itu dibina pada tahun 1989 dan digunakan oleh syarikat penerbangan milik Rusia iaitu Aeroflot dan Kyrgyzstan sebelum mula berkhidmat dengan SiLA pada 2014.

Kejadian itu berlaku setelah pesawat serupa, Antonov An-26, terhempas awal bulan ini di Semenanjung Kamchatka, Rusia yang mengorbankan kesemua 28 penumpang. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI