fbpx

Bijaknya Intan Najuwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INTAN NAJUA

SETIAP manusia di atas muka bumi ini mempunyai prinsip hidup tersendiri, sama juga dengan si cantik Intan Najuwa.

Baru-baru ini, dia ditanya oleh pengikut Instagram apakah faktor yang membuat dirinya sentiasa kuat menghadapi kehidupan yang sukar pada hari ini.

“Kadang-kadang kehidupan sangat sukar, apakah yang membuatkan anda sentiasa kuat?” soal netizen berkenaan.

Kongsi Intan, dia tidak mempunyai sebarang tips, namun sentiasa percaya dengan qada dan qadar yang telah Tuhan tetapkan untuknya.

“Saya sentiasa ingat bahawa saya tidak layak untuk apa sahaja dan boleh mati pada bila-bila masa. Saya serahkan kepada Allah SWT untuk uruskannya.

“Dia merupakan perancang yang terbaik dan disebabkan itu juga, saya tidak terburu-buru dalam kehidupan kerana percaya dengan takdir. Dia telah menetapkan sesuatu yang indah untuk kita semua, jadi teruskan menjadi kuat,” tulis Intan.

Sebak Diva bila membaca perkongsian Intan. Jadi, itulah yang membuatkan Intan kuat melalui segala kecaman netizen pada hari ini. Patutlah, bijak juga Intan ni.

DIVA: Terfikir selebriti yang semakin menjadi-jadi bijaknya dia. Macam dialah paling bijak di muka bumi Covid-19 ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI