fbpx

Kes cecah 20,000 seminggu jika masih degil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PETUGAS kesihatan di Dungun melakukan ujian saringan Covid-19 terhadap bayi perempuan. - PUQTRA HAIRRY ROSLI

PETALING JAYA – Kes jangkitan Covid-19 diramalkan boleh mencecah sehingga 20,000 se­minggu selepas Aidiladha sekiranya masih ramai berdegil mahu pulang ke kampung.

Pakar Kesihatan Pekerjaan, Kecemasan dan Kesihatan Awam, Dr. Hanafiah Bashirun berkata, sambutan Aidilfitri lalu sudah menjadi satu peristiwa hitam apabila kes Covid-19 meningkat ketika orang ‘curi-curi’ balik beraya.

“Kesannya kes meningkat sehingga 13,000 kes. Kalau perkara sama berulang, tidak mustahil kes akan meningkat selepas perayaan Aidiladha nanti,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad.

Sementara itu, Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, pihaknya telah memperketatkan kawalan sempadan negeri sejak kelmarin.

“Mereka yang ada surat tetapi datang dari Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan akan diarahkan terus ke pejabat kesihatan daerah,” katanya.

Bagi Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri pula, tumpuan akan diberikan di jalan utama dan laluan tikus.

“Rondaan kerap akan dilakukan agar tiada yang melanggar prosedur operasi standard. Kita tidak mahu ada yang curi balik kampung,” katanya.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid pula berkata, kemasukan ken­deraan ke Kelantan menggunakan Jalan Raya Timur Barat dekat Gerik meningkat melibatkan pasangan jarak jauh.

“Ada yang masuk atas urusan ekonomi, namun mempunyai kebenaran,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI