fbpx

Tarikan pokok durian bonsai di Kamunting

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POKOK durian kampung berbentuk seakan-akan bonsai dengan banir menjalar yang menjadi tarikan orang ramai di Kamunting, Taiping di Perak.

TAIPING – Sebatang pokok durian gergasi berusia 62 tahun yang berbentuk seakan-akan bonsai dengan banyak dahan dan akar banirnya seperti pokok prasejarah tular di media sosial semalam.

Pokok durian kampung de­ngan saiz empat pemeluk orang dewasa itu dikatakan milik sebuah keluarga di Kamunting, tidak jauh dari susur keluar Le­buh Raya Utara-Selatan di sini.

“Inilah pokok durian peninggalan arwah emak dan ayah saya. Pokok paling besar. Isinya Alhamdulillah gred terbaik.

“Usia pokok ini kira-kira 62 tahun sebaya abang saya. Orang dulu-dulu tanam pokok selepas melahirkan anak sebagai tanda kenangan,” kata pemilik Facebook, Landenva Ulan yang dipercayai ahli keluarga kepada empunya pokok durian gergasi tersebut.

ISI buah durian yang berwarna kuning.

Menurut lelaki itu, hanya pokok tersebut yang dikatakan membesar, manakala pokok-pokok durian seusianya bersaiz normal walaupun dita­nam atas tanah sama jenis gambut.

“Isinya kuning, lemak dan berkrim. Tidak dijual kepada kepada orang luar. Orang yang tempah pun ramai yang tak dapat lagi (buahnya).

“Permintaan melebihi penawaran. Harga (durian kampung) di Taiping RM15 sekilogram, kami jual pada harga RM12 sekilogram. Menjual sambil bersedekah,” kata lelaki itu.

Hantaran mengenai pokok durian gergasi itu dikongsi beberapa pemilik Facebook lain seperti Perak Press dan Persatuan Penanam Durian Malaysia. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI