fbpx

Jangan panik, kekal dalam lokaliti PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang anggota polis melakukan rondaan di Pangsapuri Sri Rakyat di Bukit Jalil, Kuala Lumpur yang dikenakan PKPD baru-baru ini. Foto- FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR

SHAH ALAM – Kesemua penduduk di empat lokaliti yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) diminta tidak panik dan kekal di lokaliti tersebut.

Empat lokaliti itu adalah Damai Apartment PJS 8, Petaling Jaya ; Jalan Pandan Indah, Hulu Langat ; Jalan Batu Nilam Bukit Tinggi, Klang dan Taman Samudera di Gombak bermula esok dan dijangka tamat pada 31 Julai depan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beliau yang telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan PKPD pagi tadi telah mencapai beberapa ketetapan dalam melancarkan operasi di lokaliti itu.

Katanya, ini termasuk bekalan bakul makanan akan dipastikan siap bagi penerima tidak lewat dari 48 jam selepas PKPD dikuatkuasakan.

“Saringan Covid-19 akan dilakukan kepada semua warga dalam lingkungan PKPD terbabit dengan warga yang positif akan diasingkan bagi tujuan pemantauan dan rawatan bersesuaian.

“Manakala, mereka yang didapati negatif akan divaksin oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Amirudin menegaskan pelaksanaan PKPD ini akan menggunapakai Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) PKPD sedia ada seperti yang dipakai sebelum ini.

“Tidak ada sebarang pergerakan masuk dibenarkan oleh pihak berkuasa ke atas mana-mana warga yang telah meninggalkan kawasan tersebut lebih awal,” jelasnya.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan PKPD melibatkan 34 mukim dalam lapan daerah di Selangor bermula 3 Julai lalu membabitkan lebih 6 juta rakyat tamat mengikut jadual yang ditetapkan semalam. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI