fbpx

Pengasuh durjana sepak, pijak dua beradik diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan

JOHOR BAHRU – Dua kanak-kanak lelaki menjadi mangsa dera pengasuh mereka di sebuah rumah di Taman Bukit Kempas, di sini oada 10 Jun lalu.

Kedua-dua mangsa merupakan adik-beradik berusia dua dan tiga tahun mengalami lebam pada anggota badan.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya menerima laporan daripada keluarga mangsa pada pukul 5.31 petang semalam.

Bertindak atas laporan, polis menahan pengasuh berusia 37 tahun dan suaminya berusia 57 tahun serta seorang remaja perempuan bawah umur yang juga merupakan anak saudara pasangan itu.

“Hasil siasatan mendapati kedua-dua mangsa dihantar kepada pangasuh sejak 2018 ketika berusia setahun dan enam bulan.

“Pada 10 Jun lalu, kira-kira pukul 3 petang, kedua-dua mangsa telah didera oleh pengasuhnya dengan cara dipukul, disepak dan dipijak,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mangsa dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah di sini dan pemeriksaan mendapati mereka mengalami kecederaan ‘soft tissue injury’.

Pengasuh dan suaminya ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 23 Julai depan manakala remaja perempuan direman selama tiga hari sehingga Isnin depan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI