PUTRAJAYA – Sebanyak 138 kes kematian Covid-19 dilaporkan hari ini iaitu kematian tertinggi setakat ini menjadikan jumlah kes kematian di Malaysia sebanyak 6,866 kes.
Menurut ciapan Twitter Kementerian Kesihatan, kes aktif pula merekodkan sebanyak 119,814 kes termasuk 908 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 425 kes memerlukan bantuan pernafasan.
“Kes baharu pula merekodkan sebanyak 12,528 kes termasuk 19 kes import, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 905,851 kes.
“Terdapat 6,629 kes sembuh dengan jumlah kes sembuh terkini sebanyak 779,171 kes,” ujarnya. -K!ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929