RIO DE JENEIRO, Brazil – Klip video yang memaparkan seorang bapa membiarkan anak lelakinya berusia 10 tahun memandu sebuah trak tanpa memakai tali pinggang keledar n menjadi tular di media sosial, lapor akhbar The Sun semalam.
“Lihat, kami di sini terlibat dalam satu perlumbaan.
“Ada yang akan berkata bahawa saya sudah gila, namun saya tidak menyuruh anak saya mencuri pistol atau senapang mahu pun mengambil dadah.
“Ini lah kebanggaan dia, untuk memandu sebuah trak,” kata lelaki itu dalam video tersebut.
Bapa itu yang juga tidak memakai tali pinggang keledar kemudian mengalihkan kamera yang menunjukkan sebuah trak lain sedang mendekati mereka daripada lorong bertentangan.
Lokasi sebenar rakaman video tersebut tidak dapat dipastikan, namun orang ramai percaya ia dirakam di Brazil.
Video tersebut yang dimuat naik di akaun Instagram @qualificados_101 yang merupakan laman yang didedikasikan untuk pemandu trak. -Agensi