fbpx

Ramai marah ada yang degil curi-curi balik kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Orang ramai meluahkan rasa kecewa susulan keadaan trafik yang mula sesak dipercayai akibat daripada cubaan balik kampung bagi menyambut Hari Raya Aidiladha pada Selasa nanti.

Tinjauan Kosmo! di beberapa laman sosial mendapati, orang ramai turut marah dengan sikap sesetengah individu yang ternyata masih berdegil mahu merentas daerah atau negeri tanpa memikirkan risiko membawa penyakit berjangkit Covid-19.

Seorang netizen dikenali sebagai, Che Azmi berkata, ramai yang terkesan dan terpaksa berpisah dengan keluarga sejak wabak ini melanda justeru orang ramai sepatutnya bersabar.

“Sabarlah dulu. Saya ni jauh di Sabah. Rindu sangat kat mak di Muar tu. Dua tahun dah tak balik jenguk mak. Rasanya ramai lagi yang senasib dengan saya ni.. Kalau dikata rakyat punca naik Covid-19 kamu marah pula, saya sudah lengkap dua dos vaksin pun masih takut hendak keluar kerana anak-anak masih kecil,” katanya.

Seorang lagi netizen, Maria Asin pula berkata, seeloknya individu yang degil hendak pulang ke kampung ini tidak dibenarkan balik semula.

“Bagi je balik. Bagi je apa mereka mahu. Mereka sahaja kan ada keluarga. Jadi, izinkanlah.

“Tapi, tolong jangan masuk semula ke Selangor. Kami anak jati Selangor pun tidak rentas daerah, sudah berbulan tidak pulang ke kampung,” katanya.

Semalam Kosmo! melaporkan polis mengesan peningkatan kira-kira lima peratus jumlah kenderaan dari negeri-negeri utara tanah air yang memasuki Kelantan melalui sekatan jalan raya (SJR) di Jeli.

Sementara itu, Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) juga memaklumkan perkara sama hari ini apabila berlaku kesesakan di Plaza Tol Gombak setakat pukul 1.48 tengah hari tadi. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI