fbpx

MKN keluarkan SOP penuh sambutan Aidiladha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Majlis Keselamatan Negara (MKN) menetapkan solat sunat Aidiladha dan ibadah korban adalah dibenarkan sempena Hari Raya Aidiladha kali ini bagi negeri-negeri di Fasa 1 dan Fasa 2.

Pada masa sama, takbir raya di masjid dan surau dibenarkan namun, takbir dari rumah ke rumah adalah tidak dibenarkan.

Menurut MKN, ibadah korban bagi negeri-negeri Fasa 1 dan Fasa 2 dibenarkan mengikut ketetapan oleh berkuasa agama negeri dan pihak-pihak berkaitan dengan penjarakan fizikal dan pematuhan.

“Selain itu, program ziarah raya, ziarah tanah perkuburan dan majlis jamuan atau rumah terbuka pula tidak dibenarkan,” katanya menerusi kenyataan SOP itu semalam.

MKN berkata, bagi solat sunat Aidiladha pula, setiap masjid dan surau yang dibenarkan perlu menyediakan kaunter  masuk bagi memeriksa suhu badan, sanitasi tangan dan rekod kehadiran jemaah manakala, pemakaian pelitup muka diwajibkan.

“Pihak masjid dan surau juga diminta supaya kerap melakukan sanitasi ruang solat dan kawasan sekitarnya termasuk tandas dan ruang wuduk manakala, penggunaan tandas perlu dihadkan mengikut jumlah bilik tandas yang ada pada satu satu masa.

“Masjid dan surau hendaklah mempunyai petugas yang mencukupi bagi membantu kawalan jemaah,” katanya.

Selain itu, katanya, kehadiran ke masjid dan surau perlu menggunakan aplikasi MySejahtera atau direkodkan secara manual di dalam buku kehadiran. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI