fbpx

Tiada penumpang, pemandu teksi Taiping terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Shalimin menyampaikan pek makanan kepada pemandu teksi di Taiping hari ini.- Foto: WAT KAMAL ABAS

TAIPING – Penutupan pelbagai sektor ekonomi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sepanjang tempoh pandemik Covid-19 khususnya pelancongan di bandar Taiping memberikan kesan besar kepada pemandu teksi dan kereta sewa.

Setiausaha Persatuan Pemandu/Pemilik Teksi dan Kereta Sewa Bandar Taiping, K. Thanaraj berkata, ketiadaan pengunjung selain kurangnya orang ramai berurusan di bandar ini menyebabkan permintaan terhadap perkhidmatan teksi terus berkurangan.

“Secara purata pendapatan pemandu teksi ketika ini hanya RM20 sehari berbanding RM50 sehari paling sedikit yang mereka boleh perolehi sebelum ini.

“Orang dah tak keluar rumah sangat dan banyak sektor tak buka terutama pelancongan. Memang orang dah tak naik teksi untuk pergi mana-mana,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menerima sumbangan keperluan makanan daripada Barisan Nasional (BN) Taiping, di sini pada Sabtu. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI