fbpx

Sindiket Love Scam sasar warga China tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
18 individu warga China berjaya diberkas menerusi lima serbuan berasingan semalam.

KUALA LUMPUR – Sindiket penipuan dalam talian ‘Love Scam’ yang menyasarkan warga China sebagai mangsa berjaya dilumpuhkan dengan penahanan 18 individu menerusi lima serbuan berasingan di Desa Park City, Bandar Manjalara, dekat sini semalam.

Suspek yang aktif dengan penipuan ‘menggunakan platform ‘Soul’ itu dipercayai menerima bayaran antara RM3,500 hingga RM5,000 seorang bagi tujuan menipu mangsa.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Azri Ahmad berkata, serbuan dilakukan JIPS dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur melalui Ops Pelican.

“Serbuan pukul 5.30 petang ini menyasarkan premis yang menjalankan aktiviti Love Scam dan berjaya memberkas 18 orang warga China.

“Siasatan mendapati kegiatan itu turut menyasarkan mangsa dalam kalangan rakan senegara (warga China) sejak dua bulan yang lalu dengan mengaut keuntungan dianggarkan sehingga RM300,000 sebulan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, turut dirampas sejumlah telefon bimbit, komputer, alat-alat elektronik dan wang tunai berjumlah hampir RM126,000.

Tegas beliau, JIPS juga akan menjalankan siasatan sekiranya terdapat penglibatan pegawai dan anggota polis dalam aktiviti itu, sementara siasatan daripada sudut jenayah dan Akta Imigresen akan dibuat polis IPK Kuala Lumpur.

“PDRM juga akan terus membanteras aktiviti penipuan dalam talian bagi mengelak lebih ramai orang menjadi mangsa, tidak kira sama ada warga tempatan mahupun warga asing,” ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI