fbpx

4 RiVAC baharu percepat vaksinasi pekerja peruncitan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Seramai 105,000 orang pekerja daripada sektor peruncitan dijangka akan menerima vaksinasi sepenuhnya sebelum 31 Ogos depan menerusi pembukaan empat lagi pusat Program Vaksinasi Industri Peruncitan (RiVAC) baharu di sekitar Lembah Klang.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berkata, empat lokasi RiVAC itu adalah di IOI City Tower Putrajaya; Performing Art Center Bandar Utama, Petaling Jaya; Centro Mall, Klang dan AEON Mall, Nilai, Negeri Sembilan.

Menurut KPDNHEP, lokasi di Putrajaya dan Klang akan beroperasi pada 26 Julai ini manakala Bandar Utama (27 Julai) dan AEON Mall Nilai akan dimaklumkan kemudian.

“Kesemua RiVAC ini mampu menerima kapasiti maksimum 21,000 orang,” jelasnya menerusi kenyataan akhbar, hari ini.

KPDNHEP berkata, pusat RiVAC pertama yang terletak di Mid Valley Exhibition Center, Kuala Lumpur boleh menampung 31,500 orang.

Justeru, katanya, penambahan pusat pemberian vaksin industri melalui RiVAC akan mempercepatkan pencapaian objektif ‘Operation Surge Capacity’ yang diumumkan semalam yang menyasarkan 100 peratus penduduk Lembah Klang akan menerima vaksinasi sekurang-kurangnya dos pertama menjelang 1 Ogos ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI