fbpx

“Tak sabar sambut Aidiladha”.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsul Ahmad (dua dari kiri) menyampaikan bantuan kotak makanan Program Prihatin Aidiladha TNBJ 1442H di Teluk Muroh, Lumut.

LUMUT – Seramai 40 keluarga kurang berkemampuan di kawasan Teluk Muroh di sini sudah lega apabila menerima bantuan barangan keperluan makanan bagi menyambut Aidiladha pada Selasa ini.

Mereka menerima sumbangan iaitu seperti seekor ayam mentah, paket nasi himpit, kacang tanah, minyak masak, cili kering dan pelbagai barangan keperluan memasak juadah hari raya lain.

Ia disumbangkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) Janamanjung Sdn Bhd, Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah (TNBJ) menerusi Program Prihatin Aidiladha TNBJ 1442 Hijrah dengan kerjasama Komuniti Teluk Muroh di Teluk Muroh hari ini.

Salah seorang penerima bantuan, Zuraida Shariff, 41, bersyukur menerima bantuan tersebut sekurang-kurangnya memberi peluang beliau dan dua anaknya memasak juadah hari raya.

Ibu tunggal yang bekerja sebagai pembantu kedai dengan gaji harian itu juga bersyukur apabila sudah boleh bekerja semula bagi menanggung keluarganya.

Sebelum ini, beliau agak tertekan tidak dapat bekerja ketika kawasan tempat tinggalnya dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dan kewujudan Kluster Teluk Muroh Covid-19.

Sementara itu, Pengarah Urusan TNBJ, Datuk Shamsul Ahmad berkata, selain golongan kurang berkemampuan, bantuan itu turut diberikan kepada golongan orang kurang upaya (OKU), mualaf, ibu tunggal dan mereka yang kehilangan pekerjaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI