NILAI – “Ada yang ingat ini (program) kenduri kahwin.”
Demikian cabaran yang dihadapi petugas program imunisai ‘Outreach Vaksinasi Covid-19 Nilai Impian’ dengan kerjasama Gabungan Persatuan Penduduk Nilai Impian (GPPNI) dan Pejabat Kesihatan Daerah Seremban (PKDS).
Menurut sekretariat program itu, Mohd. Hanapi Bisri, ekoran salah sangka, mereka dikunjungi anggota polis datang dan membuat pemeriksaan di dewan yang dijadikan pusat pemberian vaksin (PPV) tersebut.
“Kami menggunakan dewan pengantin untuk program ‘PPV mini’ ini. Jadi tidak hairanlah ada yang menyangka majlis perkahwinan.
“Bagaimanapun segalanya berjalan lancar dan GPPNI serta PKDS berjaya melaksanakan program bagi mempercepatkan program imunisasi di negara ini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Seramai 1,800 penduduk Nilai Impian menerima vaksin keluaran Pfizer dalam program yang dibantu oleh 200 kakitangan PKDS dan sukarelawan. – K! ONLINE.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929