fbpx

Harimau belang serang Orang Asli, masuk perangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harimau belang betina yang digelar Syamilla Bihai akan dipindahkan ke NWRC Sungkai, Perak untuk rawatan susulan. - FOTO : IHSAN PERHILITAN

GUA MUSANG – Seekor harimau belang betina yang sebelum ini menyerang seorang penduduk Orang Asli di Kampung Badak, Pos Bihai di sini akhirnya berjaya ditangkap kelmarin.

Harimau belang yang digelar Syamilla Bihai mengalami kecederaan di kepala, tengah badan, leher dan ekor dipercayai luka akibat pergelutan dengan mangsa serangan lelaki Orang Asli Adin Andok, 48, kira-kira dua minggu lalu.

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri dalam satu kenyataannya berkata, pihaknya menerima aduan mengenai keharoan haiwan itu di kawasan berkenaan daripada penduduk kampung pada 5 Julai lalu.

Katanya, anggota Perhilitan telah memasang perangkap kamera di sekitar kawasan penemuan itu dua hari selepas aduan dilakukan.

“Hasil pemantauan daripada kamera yang dipasang, kita dapati ada harimau belang berkeliaran di kawasan berkenaan.

“Oleh itu, seramai lapan orang kakitangan Perhilitan telah menjalankan operasi tangkapan dan pemasangan satu unit perangkap harimau di kawasan kejadian tersebut pada 12 Julai lalu,” katanya.

Menurut kenyataan itu, harimau itu telah masuk dalam perangkap tersebut kelmarin dan ia akan dipindahkan ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), Sungkai, Perak untuk rawatan susulan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI