fbpx

“Damai dan berlapang dada”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZULKIFLI menyampaikan sumbangan tablet komputer kepada Muhammad Adam Naufal Mohd. Hiran,9, pada Program Sumbangan Dana Perlu dan Dana Pelajar YKM di Taman Mantau Indah, Seremban. FOTO : MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE.

SEREMBAN – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menasihatkan supaya perselisihan faham di antara pendakwah, Ebit Lew dan penyanyi rap Ariz Ramli atau Caprice dapat diselesaikan sebaik mungkin.

Tanpa mahu mengulas lebih lanjut, Zulkifli berkata, kedua-dua pihak seeloknya berdamai masing-masing perlu berlapang dada.

“Saya tiada komen sebab, saya belum meneliti apa-apa, itu hal peribadi, keduanya sahabat saya, pernah datang bertemu.

“Hal seperti ini seeloknya damaikanlah sebaik mungkin, berlapang dada,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Sumbangan Dana Perlu dan Dana Pelajar Yayasan Wakaf Malaysia (YKM) di Taman Mantau Indah di sini hari ini.

Caprice mencetuskan kontroversi apabila mendedahkan tegurannya kepada Ebit selepas dia menerima rungutan daripada penduduk Gaza tentang cara pendakwah berkenaan menghulurkan bantuan. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI