REMBAU – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memohon pelaku yang terbabit dalam kes mendera seorang remaja orang kelainan upaya (OKU) dikenali sebagai Bella dikenakan hukuman yang tegas dan setimpal.
Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, pihaknya juga menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar menyegerakan siasatan berhubung kes penderaan kanak-kanak itu yang pernah mendapat penjagaan di bawah pusat jagaan di Kuala Lumpur.
Menurutnya, 15 Julai lalu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersama sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) menyelamatkan 11 penghuni di pusat jagaan tersebut.
“Enam kanak-kanak itu kita tempatkan di institusi di bawah JKM manakala lima lagi termasuk yang berusia 18 tahun dikembalikan kepada keluarga atau saudara masing-masing dalam keadaan selamat.
“Bagi kanak-kanak yang ditempatkan di bawah JKM, perintah penjagaan sementara selama tiga bulan telah diperoleh dan selepas tempoh itu, tindakan yang diambil akan bergantung kepada situasi semasa,” katanya ketika Lawatan Ihsannya kepada anak-anak Bekas Penguni Rumah Bonda di Rumah Kanak-kanak Rembau, di sini, tadi. – K! ONLINE.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929