fbpx

Pegawai khas ADUN dibebas dengan jaminan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki terbabit dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 dengan dua orang penjamin.

IPOH – Pegawai khas kepada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak yang direman bersabit kes salah guna kuasa Selasa lalu dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Ia berikutan siasatan kes berkenaan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 telah lengkap.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Ipoh, Nurfarah Syahidah Mohd. Noh mengeluarkan perintah tersebut selepas tempoh reman selama lima hari ke atas lelaki berusia 57 tahun itu tamat hari ini.

Beliau membenarkan lelaki terbabit dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 dengan dua orang penjamin.

Lelaki itu ditahan pada 12 Julai lalu di Pejabat SPRM Taiping ketika hadir memberi keterangan pada pukul 3.30 petang.

Difahamkan, lelaki tersebut telah menyalahguna jawatan dan kedudukannya selaku ahli lembaga sebuah koperasi pertanian dengan mencadang dan melantik syarikat miliknya sendiri bagi mendapatkan projek ternakan ikan.

Projek berkenaan dibangunkan di atas tanah milik Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) seluas 80.937 hektar di sebuah kawasan di Daerah Kerian yang telah dipajakkan kepada Koperasi Pertanian. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI