fbpx

Tular antarabangsa, obsesi buat Cameron Herrin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GELAGAT Cameron Herrin dalam kamar perbicaraan ditiru ramai netizen termasuk pelakon popular, Nazim Othman.

JIKA namanya penjenayah, haruslah dihukum dan diberikan pengajaran, namun berbeza pula halnya dengan seorang remaja lelaki, Cameron Herrin di Florida, Amerika Syarikat.

Pelik, namun ketika ini terdapat segelintir netizen yang berpendapat lelaki kacak sepertinya tidak seharusnya dijatuhkan hukuman berat.

Dek ketampanannya, ramai netizen, khususnya pengguna TikTok memohon hukuman penjara 24 tahun yang dijatuhkan ke atasnya diringankan.

Tidak cukup dengan itu, ramai warga TikTok dalam kalangan lelaki membuat video parodi ketika Cameron berada di mahkamah.

Lengkap berbaju sut dan berkaca mata hitam. Gaya tersebut aktif ditiru segelintir golongan lelaki dalam TikTok, bahkan turut serta pelakon Nazim Othman. Meskipun dikecam, namun trend tersebut masih aktif

dilakukan oleh pengguna TikTok sehingga kini.

Cameron dijatuhkan hukuman selepas didapati bersalah melanggar seorang ibu dan seorang bayi semasa dalam satu perlumbaan kereta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI