JIKA sebelum ini wajah Fikry Ibrahim berubah menjadi seorang wanita, kini giliran si kacak Fizo Omar pula bermain-main dengan percubaan sedemikian.
Baru-baru ini, Fizo sendiri memuat naik beberapa keping foto dirinya berambut panjang seperti seorang wanita dalam InstaStorynya.
Difahamkan, foto-foto tersebut telah disunting oleh seorang pengguna TikTok.
Kerana rasa kagum dengan kecantikan sendiri, Fizo memberitahu dia mahu memegang watak heroin pula.
“Seseorang telah ‘tag’ saya. Selepas ini jadi heroinlah pula,” seloroh duda anak satu itu.
Rata-rata netizen berpendapat wajah Fizo sebagai seorang wanita sangat jelita dan menyokong sekiranya dia menjadi heroin untuk mana-mana drama atau filem. Macam-macamlah!