fbpx

SME360 pacu perniagaan PKS dengan kadar iklan berpatutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Astro Media Solutions (AMS) melancarkan sebuah portal, SME360, yang bertindak sebagai pusat sehenti untuk inisiatif pengiklanan serta pemasaran yang mampu membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menjangkau pelanggan dengan penglibatan atau hubungan yang lebih konsisten.

Pengarah AMS, Wong See Wei berkata, perkhidmatan yang ditumpukan kepada PKS daripada pelbagai latar belakang dan saiz itu akan menawarkan pakej media yang paling optimum bagi menyasarkan kumpulan pasaran dengan lebih efektif, didukung oleh rangkaian pengguna Astro yang luas dan memiliki ekosistem media yang mantap secara keseluruhannya.

Menurut beliau, portal ini bertujuan untuk memacu perniagaan masing-masing dengan lebih efektif pada kadar pengiklanan yang berpatutan sebagai penyelesaian kepada situasi semasa.

“SME360 juga akan memastikan komunikasi antara perusahaan dengan pelanggan akan kekal berlangsung agar dapat menggalakkan pertimbangan dan pembelian.

“Ia akan merentasi pakej pengedaran iklan, penyiaran di platform media sosial, pemasaran e-dagang, penglibatan figura berpengaruh  untuk membantu mempromosikan produk, sehinggalah ke sesi konsultasi percuma berkenaan
dengan cetusan idea atau penerbitan iklan berdasarkan amalan terbaik,” katanya dalam kenyataan semalam.

See Wei menerangkan,  melalui pelancaran SME360, ia akan dapat membantu PKS memacu pemasaran dan perniagaan masing-masing di sebalik pandemik.

Tambah beliau, lebih daripada 900,000 pemilik PKS tempatan boleh mengakses portal SME360 yang merangkumi pelbagai solusi pemasaran dipakejkan khas untuk menepati setiap keperluan perniagaan dan peruntukan kewangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI